Arahan Dasar Linux

Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Isi kandungan

Cara Menggunakan Halaman Ini

  1. Halaman ini akan memberikan sedikit pengetahuan kepada anda pada arahan(command) dasar shell GNU/Linux.
  2. Halaman ini tidak menerangkan secara terperinci mengenai arahan, hanya suatu pengenalan untuk melengkapi ilmu arahan tanpa grafik di dalam Ubuntu.
  3. Semua nama arahan diberi tanda tebal.
  4. Arahan yg perlu dituliskan diberi tanda "tebal dengan petik ganda".
  5. Semua arahan di halaman ini dituliskan di prompt arahan di suatu terminal.
  6. Perhatian bahawa Linux memperhatikan besar-kecil setiap huruf(CASE SENSITIVE). Pengguna, pengguna dan PENGGUNA semuanya berbeza di Terminal Linux.

Membuka Terminal di Gnome

Di Ubuntu 5.10 (Breezy Badger) sehinggalah ke versi Ubuntu 8.10 (Intrepid Ibex):

  • menu Aplikasi --> Aksessori --> Terminal. Untuk mendapatkan pilihan, sila klik-kanan Buka Terminal di 5.10, cari nautilus-open-terminal di Synaptic dan 'install'.

Di Ubuntu 5.04 (Hoary Hedgehog):

  • menu Aplikasi --> Peralatan Sistem --> Terminal atau klik-kanan di area kosong desktop lalu pilih "Terminal".

Untuk akses pintas:

  • tekan kombinasi butang Alt+F2 --> taip gnome-terminal.

Koleksi Arahan ASAS

sudo: Menjalankan Arahan dengan kebenaran 'root'

  • Perintah yg perlu diawali dengan perintah sudo adalah ketika anda ingin mengubah direktori yg tidak dimiliki oleh akaun Anda. Silakan lihat sudo untuk informasi lebih lanjut tentang menggunakan sudo. Dingatkan bahawa untuk melakukan sesuatu yang mempunyai kebenaran administrator/root, anda mesti menaip sudo diawalan setiap kali menaip arahan. Contoh:
  • Jika anda mahu terus menjadi root tanpa perlu menaip sudo, (Nota: $ akan bertukar menjadi #) taip:

Perintah Direktori

  • pwd: Perintah pwd akan memberitahu di direktori mana anda sedang berada (pwd adalah singkatan dari "print working directory"). Contoh: "pwd" di direktori Desktop akan menunjukkan "~/Desktop". Ingat bahawa Gnome Terminal juga menampilkan maklumat ini di title bar pd window - lihat contoh screenshoot pd bagian atas halaman ini.
  • cd: Perintah cd membolehkan Anda untuk mengganti/menukar direktori. Ketika Anda membuka Terminal, Anda akan berada di direktori rumah (home). Untuk beralih dari direktori tersebut gunakan cd. Contoh: "cd ~/Desktop" akan memindah Anda ke direktori Desktop Anda.
    • Untuk menuju ke direktori root, gunakan
    • Untuk menuju direktori rumah Anda, gunakan
    • Untuk menuju direktori satu level atas, gunakan
    • Untuk menuju direktori sebelumnya (atau kembali), gunakan
    • Untuk menuju direktori yg melewati banyak level, gunakan (contoh) yg akan membawa anda terus ke direktori /www dari /var/.

Perintah Senarai Direktori

  • ls: Perintah ls di guna untuk menyenarai fail dan sub-direktori. Fail-fail dan sub-direktori yang tersembunyi tidak akan di senaraikan.
    • Untuk menyenaraikan isi direktori semasa
    • Untuk fail tersembunyi dan direktori tersembunyi
    • Untuk menyenaraikan isi direktory dan butiran lanjut.
    • Untuk menyenaraikan dengan saiz dibulatkan kepada K (kilobyte), M (megabyte) dan G (gigabyte)

Perintah Menyalin Fail/Direktori

  • cp: Perintah cp digunakan untuk menyalin fail atau direktori. Fail-fail dan direktori-direktori boleh disalin di terminal linux dengan menggunakan arahan cp ini bersama beberapa ciri-ciri lain yang boleh dipasang pada arahan cp.
    • Untuk menyalin file biasa(bukan direktori) - nama_fail dan nama_fail_selepas_salin perlu ditukarkan kepada nama fail yang ingin anda salin
    • Untuk menyalin direktori - nama_direktori dan nama_direktori_selepas_salin perlu ditukarkan kepada nama direktori yang ingin disalin
    • Untuk mengetahui ciri-ciri lain yang boleh dipasang pada arahan cp atau bantuan arahan cp

Perintah Memindah atau Menukar Nama Fail/Direktori

  • mv: Perintah mv digunakan untuk memindah fail atau direktori. Ia juga boleh diguna untuk menukar nama sesuatu fail atau direktori.
    • Untuk memindah fail dari satu direktori ke direktori lain. Contoh: memindahkan FailAsal dari direktori /home/pengguna ke direktori /tmp)
    • Untuk menukar nama fail

Perintah Memadam Fail/Direktori

  • rm: Perintah rm digunakan untuk memadam atau menghapuskan sesuatu fail atau direktori dengan menggunakan terminal linux. Namun sesetengah arahan ini perlu diberi perhatian sebelum dilaksanakan kerana sesetengah arahan yang menggunakan rm akan mengakibatkan kerosakan pada sistem linux jika disalahgunakan. Untuk mempraktikkan arahan rm ini, adalah digalakkan supaya membuat folder percubaan terlebih dahulu. Elakkan dari berada di lokasi fail-fail sistem.
    • Untuk memadam fail biasa(bukan direktori) - nama_fail perlu ditukarkan kepada nama fail yang ingin anda salin
    • Untuk memadam direktori kosong- nama_direktori perlu ditukarkan kepada nama direktori yang ingin disalin
    • Untuk memadam direktori mempunyai kandungan- nama_direktori perlu ditukarkan kepada nama direktori yang ingin disalin