Artwork:GDM
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
Pengenalan
GDM Theme (GNOME Display Manager) ataupun Tema Pengurus Paparan GNOME merupakan penyambut pertama anda sejurus selepas proses “booting” selesai. Sebarang distro Linux yang menggunakan Paparan Grafik Pengguna (GUI) GNOME selalunya akan memaparkan Tema GDM ini selepas proses tadi melainkan sistem diarahkan untuk tidak memaparkannya (baca: tanpa kata laluan).
Terdapat pelbagai tema bagi GDM bermula daripada yang sedia ada yang disertakan bersama konfigurasi asas sehinggalah kepada yang direka oleh pelbagai bilang penggiat seni GNOME dari seluruh dunia. Tema GDM ini terbahagi kepada dua iaitu “Plain Theme” dan juga “Face Browser”. Kedua-dua jenis tema tadi adalah sama daripada segi penggunaanya namun “Face Browser” amat sesuai untuk digunakan bagi sistem komputer yang dikongsi seperti di pejabat yang sudah pasti mempunyai beberapa akaun pengguna. Jadi setiap pengguna itu mempunyai avatarnya tersendiri. Manakala “Plain Theme” pula hanyalah sekadar tema biasa yang memerlukan pengguna memasukkan nama serta kata kunci dan semestinya ia sesuai untuk digunakan bagi komputer yang hanya mempunyai seorang pengguna.
Terdapat tutorial dalam Bahasa Melayu untuk anda yang berminat mereka tema GDM anda sendiri. Anda boleh memuat turun tutorial itu di sini. Tutorial Ringkas GDM
Hasi Seni
Terdapat juga karya tempatan untuk tema GDM ini, buat masa ini hanya ada satu yang telah di muat naik ke atas talian untuk perkongsian semua iaitu tema GDM Kuala Lumpur. Diharapkan agar lebih ramai lagi yang membina tema sendiri dan berkongsi dengan rakan-rakan seluruh dunia.
Berikut adalah tema GDM tempatan yang telah dimuat naik ke atas talian.
GDM Kuala Lumpur
Skrin Daftar Masuk bagi GNOME yang berlatarbelakangkan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam. Ia menyokong resolusi skrin 1280 x 800
Penghargaan
Gambar Latarbelakang : Vedd's Ikon : GNOME Wise Kod Asal : SOMATIC oleh PokemonJOJO
GDM ini dikeluarkan oleh Nurfaiz Foat dengan menggunakan lesen GNU/Linux. Ia bebas diubah, diperbaik dan dikemaskini.