IRC
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
|
Bagi pengguna linux di seluruh dunia, IRC adalah medium komunikasi paling cepat dan mudah. Pengguna Ubuntu juga tidak terkecuali dari menggunakan IRC sebagai salah satu medium komunikasi dikalangan komuniti pengguna Ubuntu.
Terdapat dua saluran (channel) IRC utama bagi pengguna ubuntu di Malaysia.
- Saluran IRC rasmi Ubuntu di #ubuntu
- Saluran IRC rasmi Ubuntu Malaysia di #ubuntu-my
Telah menjadi resam kepada penggiat sumber terbuka untuk menggunakan pelayan IRC di irc.freenode.net . Kerana itulah saluran rasmi IRC ini wujud di pelayan irc.freenode.net. Namun, terdapat juga saluran tidak rasmi dalam pelayan-pelayan IRC lain yang tidak dibincangkan di sini.
Bagaimana Menggunakan Pelanggan IRC dalam Ubuntu
Terdapat banyak kaedah untuk mula berhubung menggunakan pelanggan IRC dari Ubuntu. Berikut adalah panduan asas bagaimana menggunakan pelanggan IRC dalam Ubuntu untuk mula berkomunikasi dalam saluran-saluran rasmi ubuntu.
Menggunakan Web
Pelayan freenode.net telah menyediakan pelanggan IRC java melalui laman web mereka di http://java.freenode.net/. Dengan itu anda hanya perlu melakukan langkah berikut untuk mula bersembang di saluran #ubuntu-my.
- Buka pelayar web anda (contoh: Firefox) dan pergi ke http://java.freenode.net/
- Masukkan nama samaran pilihan anda pada ruang Nickname.
- Masukkan 'ubuntu-my' pada ruang Channel.
- Klik butang Connect untuk mula memasuki saluran dan bersembang dengan pengguna lain.
Menggunakan Pidgin
Kaedah kedua yang paling mudah ialah menggunakan pidgin. Perisian Pidgin telah disertakan dengan pemasangan ubuntu anda. Untuk memulakan Pidgin, anda hanya perlu klik pada menu Applications > Internet > Pidgin Internet Messenger
Pada bahagian Accounts, anda boleh tambah satu akaun yang berhubung menggunakan protokol IRC.
- Klik Add... dan pilih IRC pada bahagian Protocol.
- masukkan username pilihan anda
- taip 'irc.freenode.net' pada bahagian Server dan klik Add
- pada tetingkap senarai buddies (buddy list), klik menu Buddies > Join a Chat
- kemudian satu dialog 'Join a Chat' akan keluar. Pilih akaun IRC anda pada bahagian Account.
- masukkan saluran '#ubuntu-my' pada bahagian Channel dan klik butang Join.
- tetingkap sembang saluran #ubuntu-my akan dipaparkan dan anda boleh mula bersembang.