Lubuntu
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
|
Lubuntu
Lubuntu adalah projek yang bertujuan untuk mengetuai terbitan rasmi sistem pengeoperasian Ubuntu yang dimana lebih ringan, kurang penggunaan sumber dan kurang penggunaan tenaga elektrik, yang berdasarkan perisian persekitaran atas meja LXDELXDE menggunakan pengurus tetingkap Openbox dan ditujukan untuk keperluan sistem rendah, persekitaran rendah RAM untuk netbook, peranti mudah alih dan komputer lama. Dalam watak ini ia akan bersaing dengan Xubuntu.
Keluaran edaran linux Lubuntu dalam bentuk iso sudah wujud pada tahap beta(percubaan) dalam Karmic Koala sebenarnya tahap alpha, dan tidak boleh dipasangkan pada komputer. Untuk memuat turun keluaran "iso" percubaan "beta" sila layari pautan ini
Sila sertai kami dalam projek Lubuntu di Launchpad untuk memajukannya
Cara Pemasangan Ubuntu + LXDE
Pemasangan dari repositori APT
Intrepid Ibex (8.10) dan keluaran masa depan
Persekitaran atas meja LXDE telah ditambah pada repositori stabil. Tidak perlu menyunting sumber. buka terminal dan taip "command line" dibawah
sudo aptitude install lxde
Pemasangan "minimal" Ubuntu + LXDE
Tata Nama
Penamaan Lubuntu adalah kombinasi daripada LXDE dan Ubuntu. LXDE bermaksud persekitaran atas meja ringan x11, manakala Ubuntu bermaksud "kemanusiaan terhadap orang lain" dalam bahasa Zulu dan Xhosa. Kombinisasi nama Lubuntu tidak membawa apa-apa makna baru.
Sejarah
Persekitaran atas meja LXDE pertama kali boleh didapati sebagai pakej pilihan untuk Ubuntu bermula dengan versi 8.10 "Interpid Ibex. LXDE juga boleh dipasang pada versi lama Ubuntu "Gutsy Gibbon" dan "Hardy Heron".
Pada Februari 2009 Mark Shuttleworth menjemput projek LXDE untuk menjadi projek diselenggera sendiri diantara komuniti Ubuntu, dengan tujuan mengetuai kepada satu terbitan baru rasmi Ubuntu bernama Lubuntu.
Pada Mac 2009 projek Lubuntu dimulakan di Launchpad oleh Mario Behling, termasuk logo awal projek. Projek itu juga mewujudkan satu laman projek wiki Ubuntu rasmi, juga dibawah pengurusan Behling. termasuk juga senarai aplikasi-aplikasi, pakej-pakej, dan komponen-komponen.
Pada Mei 2009, penterjemahan projek LXDE dan Lubuntu ke Bahasa Malaysia dimulakan oleh Samad Loh, termasuk juga wiki LXDE dalam Bahasa Malaysia turut mula diwujudkan oleh Samad.
Pada Ogos 2009 ISO percubaan kali pertama dikeluarkan sebagai live cd, tanpa pilihan pemasangan
Pada 30 Disember 2009 Alpha yang pertama 1 "Pratonton" versi ISO untuk Lubuntu 10.04 Lucid Lynx dibuat boleh didapati untuk pemeriksaan, dengan Alpha 2 mengikuti dalam 24 Januari 2010 dan Alpha 3 mengikuti dalam 25 Februari 2010
Keluaran
| Key: | |||
|---|---|---|---|
| Versi Pra-Keluaran | Versi Lama | Versi Kini | Versi Masa Depan |
| Versi | Nama Kod | Tarikh Keluaran | Disokong hingga | Remarks |
|---|---|---|---|---|
| 8.10 | Intrepid Ibex | 30 Oktober 2008 | April 2010 | Boleh didapati sebagai pakej pilihan persekitaran atas meja sahaja |
| 9.04 | Jaunty Jackalope | 23 April 2009 | Oktober 2010 | Boleh didapati sebagai pakej pilihan persekitaran atas meja sahaja |
| 9.10b14 | Karmic Koala | 31 Ogos 2009 | ISO percubaan, (cd live) tanpa pemasang | |
| 9.10b23 | Karmic Koala | 8 September 2009 | ISO percubaan, (cd live) tanpa pemasang | |
| 9.10 | Karmic Koala | 29 Oktober 2009 | April 2011 | Boleh didapati sebagai pakej pilihan persekitaran atas meja sahaja |
| 10.04 | Lucid Lynx | 29 April 2010 | April 2013 | versi sokongan tempoh lama (LTS) |