Pemasangan Ubuntu

Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Isi kandungan

Cara Menggunakan Halaman Ini

  1. Halaman ini akan memberikan sedikit pengetahuan kepada anda bagaimana caranya untuk membuat pemasangan(installation) Linux Ubuntu.
  2. Halaman ini tidak menerangkan secara terperinci bagaimana cara untuk memasang Ubuntu dari aspek kemaskini, pemasangan mentah dan lain-lain.
  3. Semua arahan di halaman ini dituliskan di prompt arahan di suatu terminal.
  4. Perhatian bahawa Linux memperhatikan besar-kecil setiap huruf(CASE SENSITIVE). Pengguna, pengguna dan PENGGUNA semuanya berbeza di Terminal Linux.
  5. Semua arahan diberi tanda seperti dibawah:

Cara Pemasangan Asas Ubuntu

Untuk pemasangan mentah, anda memerlukan perkakasan yang disokong oleh Ubuntu itu sendiri. Dari erti kata lain, tidak semua perkakasan anda akan mampu disokong oleh Ubuntu kerana sesetengah perkakasan memerlukan langkah-langkah lain untuk berfungsi didalam ubuntu. Selain itu, anda juga memerlukan Cakera Keras Ubuntu yang telah sedia diburnkan di CD. Untuk mendapatkan ISO Ubuntu ini, anda perlu muat turun imej tersebut dilaman Ubuntu itu sendiri.

Cara Mendapatkan Imej/ISO Ubuntu

  1. Lawat laman Ubuntu di Ubuntu.com - Download
  2. Pilih jenis Ubuntu yang anda inginkan bersesuaian dengan jenis alat pemprosesan anda. Alat pemprosesan Intel dan AMD kesemuanya menyokong Ubuntu versi 32bit (x86). Bagaimanapun jika alat pemprosesan anda menyokong arahan x86-64 maka Ubuntu versi 64bit juga boleh digunakan.
  3. Selesai memilih jenis imej untuk installasi, anda perlu memilih mirror paling dekat untuk muat turun. Ingat, bahawa tidak semestinya mirror yang dekat dengan lokasi anda adalah mirror yang terpantas. Kemungkinan mirror lain juga boleh memberikan prestasi yang lebih pantas dari mirror berdekatan.
  4. Jika proses muat turun sudah dijalankan, anda hanya perlu tunggu dan tunggu sehingga proses muat turun tadi selesai.

Cara Membakar ISO/Imej ke dalam CD

Perhatian, sebelum bakar imej CD Ubuntu, pastikan keutuhannya dengan menggunakan md5sum. Katakan jika checksum fail ISO tersebut adalah 24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 seperti yang dipaparkan pada halaman muaturun imej tersebut dalam fail bernama MD5SUMS, hasil md5sum juga mestilah sama dengan yang diberi. Contoh menjalankan checksum pada terminal mana-mana sistem GNU+Linux:

Rujuk MD5 hash untuk ubuntu di sini

Pada windows pula:

  1. Dapatkan md5sum dari http://www.etree.org/cgi-bin/counter.cgi/software/md5sum.exe
  2. Salin md5sum.exe ke dalam %windir%\system32
  3. cd ke direktori imej iso tersebut. Katakan ubuntu-8.10-desktop-i386.iso berada dalam C:\Document and Settings\Administrator\Desktop\
  1. Periksa md5sum

Atau boleh juga guna perisian yang mempunyai antaramuka seperti winmd5sum.

Bakar menggunakan Windows

Untuk memulakan proses membakar anda perlu mempunyai satu aplikasi yang membenarkan anda bakar dari imej. Terdapat beberapa kekeliruan yang kerap terjadi dimana pengguna melakukan proses bakar imej Ubuntu seperti cara bakar fail-fail biasa. Langkah berbeza perlu di ambil untuk bakar fail imej/ISO. Aplikasi-aplikasi di Windows yang membenarkan proses bakar CD dengan menggunakan ISO adalah:

Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut sekiranya anda ingin melakukan proses bakar ke atas ISO/imej tersebut. Jika anda sudah memiliki aplikasi tersebut, maka langkah-langkah membakar akan dimulakan.

  1. Masukkan CD kosong ke dalam CD Drive anda.
  2. Pergi ke lokasi di mana imej/ISO Ubuntu anda berada.
  3. Right-Click ISO/imej tersebut dan pilih Open With, kemudian anda harus memilih untuk membuka imej tersebut dengan menggunakan UltraISO.
  4. Setelah membuka imej tersebut menggunakan UltraISO, anda hanya perlu menekan icon 'Burn Image' tersebut.
  5. Sistem anda secara automatik akan memulakan proses menulis data tersebut kepada CD yang anda masukkan.
  6. Selesai proses burn, CDROM anda akan terbuka.
  7. Untuk memastikan proses tadi berjaya, masukkan semula CD tadi ke dalam CDROM dan lihat jika terdapat fail-fail Ubuntu di dalam CD tersebut.

Bakar Menggunakan Ubuntu

Untuk memulakan proses bakar dengan menggunakan Sistem Pengoperasian Ubuntu, anda memerlukan satu CD kosong bersama dengan fail imej/ISO yang telah anda muat turun sebentar tadi. Jika kedua-duanya sudah tersedia, proses membakar boleh dimulakan.

  • Masukkan CD ke dalam pemacu CDROM.
  • Satu tetingkap popup akan terpapar, padam tetingkap tersebut kerana kita tidak akan menggunakan tetingkap tersebut.
  • Buka nautilus, kemudian browse kepada lokasi di mana ISO tadi di simpan.
  • Right-Click kepada iso tersebut, kemudian pilih pilihan "Burn to Disk". Anda mungkin akan mempunyai pilihan "file image" atau CD Drive, pilih untuk bakar ke dalam CD Drive.
  • Untuk pilihan kelajuan proses bakar, seelok-eloknya anda pilih kelajuan yang paling perlahan untuk memastikan tiada data yang terlewah.
  • Sistem Ubuntu anda akan memulakan proses membakar dan anda hanya perlu tunggu sehingga proses tersebut selesai.
  • Jika CDROM telah terbuka, pastikan fail sudah ditulis pada CD tersebut.

Proses Pemasangan Bermula

Setelah semuanya selesai, kelengkapan untuk proses pemasangan juga sudah tersedia - reboot PC/Laptop anda dan masukkan CD Ubuntu yang baru dibakarkan sebentar tadi ke dalam CD Drive. Semasa PC/Laptop melalui proses POST, masuk ke BIOS dengan menekan butang BIOS mengikut jenis PC/komputer riba anda dan tukar arahan boot dari cakera keras kepada CD ROM untuk pilihan boot pertama.

Setelah selesai, simpan konfigurasi dan keluar dari BIOS. Tunggu sehingga laptop/pc anda membaca image dari CD ROM tersebut. Ikut arahan-arahan installasi sehingga selesai.

Rakaman Skrin

Pilihan Bahasa
Pilih, Install Ubuntu
Pilih, Tunggu hingga selesai
Pilih bahasa
Pilih Kuala Lumpur
Pilih US dan US
Rujuk Pembahagian Cakera Keras untuk langkah ini
Isi semua ruang kosong
Semak semula pilihan installasi
Proses installasi bermula
Tekan restart untuk memulakan semula komputer dengan Ubuntu
Keluarkan CD dari pemacu CDROM


Cara pemasangan Pelayan Ubuntu

Di dalam ruangan ini, segala maklumat mengenai cara-cara pemasangan Pelayan Ubuntu akan dijelaskan. Maklumat yang akan didokumentasikan merangkumi perkara-perkara berikut:

  1. Penyediaan pemasangan:
    1. Keperluan Sistem
  2. Perbezaan di antara Pelayan dan Desktop
  3. Pemasangan menggunakan CD:
    1. Pemilihan Pakej
  4. Pemasangan Secara Sulit(Advanced)
    1. Aplikasi RAID
    2. Pengurus Media Logikal(Logical Volume Manager)

Penyediaan Pemasangan

Di dalam bahagian pemasangan ini, penerangan mengenai keperluan sistem sehinggalah ke aspek perbezaan diantara pelayan dan desktop akan diterangkan.

  1. Keperluan Sistem:
    1. pelayan Ubuntu versi 9.04 menyediakan (2) pilihan mengikut seni bina perkakasan iaitu x86 dan AMD64.Senarai di bawah menunjukkan keperluan asas bagi komputer pelayan untuk menjalankan Pelayan Ubuntu. Bergantung kepada keperluan pelayan, kemungkinan spesifikasi yang diperlukan berkurang atau bertambah. Berikut adalah senarai dan keperluan minimum mengikut kategori:
      • Pakej Asas pemasangan Pelayan:
        • 128 MB RAM
        • Keluasan Storan minimum 500MB
      • Pakej Penuh pemasangan Pelayan:
        • 128MB RAM
        • 1GB keluasan storan diperlukan.

Perbezaan Pelayan dan Desktop

Secara umumnya terdapat sedikit perbezaan diantara Sistem Pelayan Ubuntu dan Sistem Desktop Ubuntu. Tetapi kedua-dua sistem ini masih menggunakan repositories APT yang sama. Konsep memudahkan pengguna memasang aplikasi ubuntu tetap di pergunakan didalam Sistem Pelayan Ubuntu seperti yang terdapat pada Sistem Desktop Ubuntu.

Selain itu terdapat perbezaan dari segi penggunaan aplikasi sistem tetingkap X pada pemasang berjenis pelayan dan desktop, cara-cara pemasangan dan perbezaan kernel.

Perbezaan dari segi kernel adalah:

  • Pelayan menggunakan kernel berjenis Deadline I/O berjadual manakala desktop pula menggunakan CFQ berjadual.
  • Preemption ditutup pada kernel pelayan.
  • Masa gangguan(timer interrupt) adalah 100Hz didalam kernel pelayan manakala bagi Desktop adalah pada 250Hz

Pemasangan Pelayan Menggunakan CD

Secara umumnya, cara pemasangan Pelayan Ubuntu menggunakan CD adalah sama seperti memasang mana-mana sistem operasi menggunakan CD. Perbezaan pemasang pelayan Ubuntu dengan pemasang desktop ubuntu adalah sistem pemasang pelayan tidak dibekalkan dengan antaramuka pengguna seperti yang terdapat didalam pemasang desktop. Tetapi pemasang pelayan Ubuntu menggunakan konsol bermenu yang akan mempermudahkan proses pemasangan.

  • Pertama, muat turun dan bakar imej pemasang pelayan Ubuntu pada CD. Imej boleh dimuat turun dari sini.
  • Boot PC/komputer riba anda dari bacaan CD.
  • Ketika boot membaca dari CD, anda akan diminta memilih pilihan bahasa. Untuk keselamatan, sila pilih bahasa yang anda benar-benar faham.
  • Pilih pilihan papan kekunci yang sesuai dengan hamparan papan kekunci yang anda miliki.
  • Seterusnya anda akan diminta memasukkan nama hostname dan zon masa anda.
  • Anda akan diminta untuk memilih beberapa pilihan berkaitan konfigurasi cakera keras. Untuk pilihan konfigurasi tahap tinggi(advanced) sila rujuk di seksyen "Konfigurasi tahap tinggi".
  • Sistem pemasangan akan memasang Ubuntu pada PC/komputer riba anda.
  • Pengguna baru akan direka, pengguna ini akan mempunyai akses untuk menggunakan arahan sudo.
  • Setelah proses mereka pengguna baru, anda akan diminta untuk mengencryptkan direktori /home/.
  • Proses seterusnya adalah proses dimana anda akan menentukan bagaimana Pelayan Ubuntu anda menguruskan proses kemaskini. Terdapat tiga pilihan:
    1. Tiada proses kemaskini automatik
    2. Pasang kemaskini untuk keselamatan secara automatik.
    3. Urus dengan menggunakan landscape.
  • Proses menentukan pakej kemudian menyusul dimana anda harus memilih pakej mengikut keperluan pelayan anda. Pelayan yang bagus hanya akan mempunyai pakej keperluan tertentu sahaja mengikut tujuan pelayan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada dokumentasi seterusnya.
  • Langkah terakhir adalah mengulang hidup sistem anda untuk menentukan masa mengikut UTC.


akan disambung ...