Pemasaran Ubuntu
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
Siri Jelajah Jom Linux (JJL)
Merupakah inisiatif Jom Linux (JL) untuk mempromosikan pengguna desktop tentang Linux OS dalam kepenggunaan pejabat, multimedia, internet dan pelbagai lagi. Dalam mencapai matlamat ini, pada peringkat awal. Hanya satu distro sahaja yang diperkenalkan iaitu Ubuntu. Ubuntu terkenal dengan mudah, mesra pengguna, menyokong banyak perkakasan dan mempunyai sokongan komuniti yang kuat serta dicipta untuk pengguna PC biasa.
| Perkara | Keterangan |
|---|---|
| Sasaran | Pengguna PC biasa. |
| Modul | Kami menekankan kepenggunaan aplikasi Ubuntu dalam kehidupan seharian seperti
|
| Jenis Program | Program yang kami boleh kendalikan :
|
| Kewangan | Kami akan tanggung segala kos termasuklah sewa booth, perjalanan dan lain-lain. Bagi yang menjemput ceramah, kebanyakkan dari mereka menawarkan untuk menanggung segala kos perbelanjaan.Apa-apa pun kewangan boleh dibincang dengan JL untuk mencapai kata sepakat. |
| Julat Masa | Bulan Mac hingga Ogos. |
| Kawasan | Semenanjung Malaysia |
Tempahan
Bagi mereka yang ingin menjemput kami untuk melakukan Siri Jelajah Jom Linux ini. Ikuti langkah di bawah :
- Pastikan tempat anda betul dan sah mengadakan aktiviti yang boleh disertai kami. Contoh : karnival, hari terbuka, pesta konvokesyen, ceramah pelajar dan lain-lain.
- Hubungi kami dengan menghantar e-mel ke jomlinux[at]gmail.com . (Gantikan [at] dengan @).
- Tunggu JL menrespon e-mel anda. Jika tiada sebarang masalah dengan program lain, kami akan menghantar e-mel tentang kesediaan JL.
- Sokongan - anda hendaklah memberikan komitmen dan bantuan dari pelbagai segi yang berkaitan dengan diri anda seperti penempahan booth, tempat, mengedarkan risalah atau lain-lain.
Untuk maklumat lanjut : http://www.jomlinux.com/v1/index.php/Kalender