Precise Pangolin
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
"Precise Pangolin" ialah kod nama bagi Ubuntu 12.04 yang akan dikeluarkan bagi menggantikan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot. Ianya dijadual untuk dikeluarkan kepada umum pada 26 April 2012 dan disokong sehingga 5 tahun.
Pangolin adalah mamalia pemakan semut atau lebih dikenali dengan nama tenggiling di Malaysia. Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman Wikipedia Pangolin
Pangolin dipilih untuk kod nama dan maskot Ubuntu 12.04 berdasarkan ketepatan dan ketahanan semulajadinya. Pengasas Canonical- Mark Shuttleworth menulis dalam blognya mengenai pemilihan pangolin sebagai kod nama dan maskot Ubuntu 12.04 Mark Shuttleworth - P is for
Petikan dari tulisan Mark Shuttleworth;
"Apa yang sebenarnya kita cuba sampaikan? 12.04 adalah LTS (Long Term Support). Jadi kita mahukanya lasak dan tahan lama, boleh dipercayai, teguh dan mempunyai pertahanan yang baik. ianya juga akan menjadi produk utama Ubuntu untuk pembangunan besar-besaran dan untuk jangkamasa yang lama, jadi kita mahukanya tidak mempunyai sebarang kekurangan, kita mahukanya konsisten, tersusun.
Mengambil kira semua perkara tersebut, Saya merasakan kita telah mempunyai maskot yang sesuai untuk 12.04 LTS. Tuan-tuan dan Puan-puan, Saya berikan kepada anda Precise Pangolin.
Saya telah menghabiskan masa menyelidiki maklumat mengenai pangolin di gurun kalahari. Saya boleh menjamin mengenai ketepatan pangolin – Tiada busut semut di lembah yang terlepas dari mereka. Sisik mereka adalah keajaiban ketepatan dan mempunyai nilai fesyen. Saya juga boleh menjamin mengenai kelasakan dan ketahanan mereka; pangolin selalunya selamat dalam pertarungan dengan singa".
Precise pangoline masih lagi dalam pembinaan, dengan keluaran alpha 1 dikeluarkan pada 1 Disember 2011. Pengumuman pengeluaran Ubuntu 12.04 Alpha 1
Mencuba dan mengambil bahagian dalam pembangunan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin
Sekiranya anda berminat untuk mencuba Ubuntu 12.04 Alpha 1 anda boleh memuat turun dari halaman ini Ubuntu 12.04 LTS (Precise Pangolin) Daily Build Namun diingatkan yang pembangunan Precise Pangolin adalah masih giat dilakukan, jadi bagi anda yang mencubanya akan pasti menjumpai banyak pepijat yang sebelum ini tidak ada di dalam keluaran Ubuntu yang sebelumnya. Langkah terbaik ialah melaporkan pepijat tersebut sebagai sumbangan kita dalam pembangunan Ubuntu. Anda boleh melaporkan sebarang masalah pepijat berkaitan ubuntu di sini Reporting Bugs
halaman ini akan diubah dari masa ke semasa sehingga ke pengeluaran rasmi Ubuntu 12.04 Precise Pangolin yang dijadualkan pada 26 April 2012