ReleaseParty

Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Parti Keluaran (Release Party) adalah acara yang diadakan untuk menyambut kehadiran versi terbaru Ubuntu. Parti keluaran ini bertujuan untuk membuat perjumpaan sosial dikalangan ahli-ahli Ubuntu-My serta masyarakat di Malaysia bagi tujuan menghebahkan berita mengenai kewujudan versi terbaru Ubuntu. Parti seumpama ini juga diadakan di setiap pelusuk dunia mengikut komuniti negara masing-masing.

Parti keluaran yang akan datang merupakan parti keluaran bagi Ubuntu versi Jaunty Jackalope 9.04 yang akan di keluarkan dengan rasmi pada 24 April 2009. Komuniti Ubuntu Malaysia tidak mahu melepaskan peluang untuk mengadakan parti keluaran bagi Ubuntu Jaunty Jackalope. Untuk maklumat mengenai parti keluaran, sila rujuk jadual di bawah:

  1. Jaunty Release Party - MSC OSCONF 2009 (Parti Rasmi)