Terjemahan Ubuntu
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
|
Matlamat Ubuntu diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah untuk mewujudkan satu Sistem Pengoperasian yang bukan sahaja mesra pengguna di kalangan rakyat Malaysia, malah difahami dalam bahasa rasmi Negara Malaysia. Oleh itu, usaha giat menterjemah pelbagai perisian asas, pakej perisian serta dokumentasi Ubuntu kedalam Bahasa Melayu telah lama dilakukan oleh komuniti Ubuntu Malaysia.
Jika anda merasakan anda mampu untuk membantu dalam usaha terjemahan ini, anda boleh memulakannya pada hari ini.
Menterjemah Perisian Asas dan Pakej Perisian Ubuntu
Untuk menterjemah perisian dalam Ubuntu, anda boleh mengikut langkah berikut:
Pra Syarat
Untuk mula membantu dalam usaha terjemahan perisian ini, anda perlu memenuhi pra-syarat berikut:
- Mempunyai akses internet.
- Mempunyai akaun email yang sah.
- Telah mendaftar sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/. Jika belum, sila daftarkan diri anda di launchpad.
- Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~ms-translators. Rujuk Bagaimana Menyertai ms-translators untuk maklumat lanjut.
- Telah mendaftarkan diri sebagai ahli di https://edge.launchpad.net/~malaysianteam. Rujuk Bagaimana Menyertai malaysianteam untuk maklumat lanjut.
Mula Menterjemah
- Setelah anda memenuhi pra-syarat di atas, anda bolehlah memulakan terjemahan anda dengan melayari halaman web berikut:
https://translations.edge.launchpad.net/ubuntu/precise/+lang/ms - Pastikan anda telah log masuk ke akaun anda dalam halaman tersebut. Di sana terdapat jadual yang menyenaraikan pakej-pakej perisian dalam Ubuntu yang perlu diterjemah.
- Anda boleh mula dengan meng'klik' pada nama templat di ruangan "Template Name". Dari sini, anda akan melihat contoh-contoh terjemahan yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu untuk anda contohi.
- Seterusnya, anda boleh klik pada kotak senarai bertajuk "Translating" pada bahagian atas senarai dan memilih "untranslated items". Klik "Change" untuk melihat perubahan.
- Senarai seterusnya ini adalah senarai yang belum diterjemah. Jika anda melihat tiada apa-apa dalam senarai ini, maka ianya bermaksud bahawa semua perkataan telah diterjemah dalam pakej tersebut. Anda boleh kembali ke menu pertama (Nombor 1) dan memilih pakej yang masih banyak perkataan belum diterjemah.
- anda boleh mula menterjemah dengan memasukkan terjemahan kepada perkataan dalam senarai bernombor tersebut.
- Apabila selesai menterjemah sesuatu senarai (biasanya dalam kumpulan 10 ayat untuk satu halaman), anda boleh menekan butang "Save & Continue" yang terdapat pada bahagian bawah-kanan senarai tersebut.
- Lakukanlah terjemahan mengikut kemampuan anda. Anda boleh tinggalkan bahagian yang ragu-ragu atau tidak dapat diterjemah dalam senarai tersebut.
Dengan usaha yang berterusan, semoga kita dapat menterjemah Ubuntu dan perisian yang digunakan di dalam Ubuntu ke Bahasa Melayu sepenuhnya.
Semoga Berjaya!!
Kaedah Terjemahan Lain
Selain daripada terjemahan menggunakan antaramuka Launchpad, anda juga boleh memuat turun fail mesej gettext dengan sambungan (extension) *.PO dan melakukan terjemahan menggunakan perisian seperti:
- Poedit
- Gtranslator
- Kbabel
Menterjemah fail PO menggunakan Poedit
Pemasangan
Anda boleh memasang perisian poedit menggunakan Synaptic atau arahan:
Kali Pertama
Untuk kali pertama anda membuka perisian poedit dari menu Aplikasi > Pengaturcaraan > poedit.
kemudian, anda hanya perlu memasukkan nama penuh anda dan alamat email yang sah supaya anda dikenali. Maklumat ini akan diselit kedalam fail .po yang telah anda edit bagi mengenalpasti pengguna terakhir yang melakukan terjemahan.
Melakukan Terjemahan
Untuk melakukan terjemahan, anda hanya perlu klik pada baris yang ingin diterjemah. kemudian menaip terjemahan anda pada kotak paling bawah.
Jika anda merasa ragu dengan ketepatan terjemahan anda, anda boleh menandakannya sebagai fuzzy dari menu Edit > Translation is Fuzzy atau menekan Alt-U
Simpan dan muat naik
Setelah selesai melakukan terjemahan anda boleh Simpan (Save) dan hantar semula ke launchpad atau pihak yang memberi anda fail PO tersebut untuk diproses dan dikemaskini.
Semoga Berjaya!!


