Tetingkap
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
Tetingkap ini adalah bahagian visual pada skrin anda, biasanya dalam bentuk kotak, yang mengandungi sejenis antaramuka pengguna. Tetingkap ini secara utamanya berkaitan dengan paparan grafik, dimana kursor tetikus boleh memanipulasinya. Dalam bahasa teknikal Inggeris, ia dikenali sebagai "window". Bukan berkaitan dengan perisian Microsoft Windows!