Tutorial Membuat Laman Baru

Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Terima kasih kerana berminat untuk turut sama membantu dalam usaha menambah bahan rujukan Ubuntu dalam Bahasa Malaysia. Tutorial ini ditulis bagi membantu anda untuk mula menulis tajuk baru dalam wiki ini. Dalam wiki ini, adalah lebih baik jika anda membuat dokumen yang berangkai dimana ia mempunyai satu topik utama dengan pautan kepada topik baru yang ingin anda tulis. Oleh itu, misalnya anda mahu menambah satu artikel berkaitan tutorial, anda boleh bermula dengan menyunting laman tutorial ubuntu dengan menambah pautan dalam senarai tutorial.

Kod berikut adalah contoh sintaks untuk membuat pautan:

[[Nama Pautan Baru|Keterangan Pautan]]
  • Nama Pautan Baru dalam sintaks di atas akan menjadi tajuk halaman baru yang akan anda cipta.
  • Keterangan Pautan adalah teks bagi pautan tersebut.


Contoh berikut menunjukkan bagaimana ia berfungsi:

Anda boleh menambah tutorial baru [[Tutorial Komuniti Ubuntu Malaysia|di laman tutorial]]. Semoga ianya menjadi rujukan bagi pengguna lain

Hasilnya:

Anda boleh menambah tutorial baru di laman tutorial. Semoga ianya menjadi rujukan bagi pengguna lain



Imej:Tidak_wujud.png

Jika anda meletakkan kursor tetikus di atas pautan yang baru tercipta tadi, anda akan dapat lihat bahawa laman tersebut tidak wujud. Dari situ, anda boleh mewujudkannya dengan cara berikut:

  1. Klik pada pautan tidak wujud tersebut
  2. Ikut arahan seterusnya untuk menyunting laman tersebut.
  3. Pratonton untuk menyemak sebarang kesalahan.
  4. Simpan
  5. Tahniah! anda telah berjaya membina laman pertama anda.

Untuk rujukan sintaks menyunting lebih lanjut seperti membuat bold, italic, menambah gambar, dan macam-macam lagi, sila rujuk Bantuan Menyunting